Anggota tentera mengawal pintu pagar utama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, Machang, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan hari ini.
PKPD dilaksanakan di pusat tersebut selama 14 hari bermula hari ini hingga 4 Mei berikutan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di lokaliti tersebut. - Foto Bernama