Anak MB Kedah selamat jalani pembedahan jantung
Iklan
Muhammad Sanusi sempat bergambar dengan anaknya sebelum dibawa ke bilik pembedahan.
ALOR SETAR - Anak keempat kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor selamat menjalani pembedahan jantung di Hospital Besar Pulau Pinang pada Selasa.
Nur Hana, 13, kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selama dua hari dan belum boleh dilawati.
Iklan
Iklan
Menurut Muhammad Sanusi, anaknya menjalani pembedahan jantung terbuka (Ventricular Septal Defect) setelah usaha menggunakan peralatan Amplatzer tujuh tahun lalu tidak berjaya.
"Alhamdulillah... bersyukur kepada ALLAH SWT prosedur pembedahan anak saya berjalan lancar.
Iklan
"Terima kasih diucapkan kepada Dr Abu Yamin Khamis (Cardiothoracic Surgery Consultant), semua doktor dan jururawat yang menjayakan pembedahan ini," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Muhammad Sanusi berkata, Nur Hana dibawa masuk ke dewan pembedahan pada jam 1.40 petang sebelum menjalani pembedahan pada jam 2 petang.
Iklan
"Prosedur pembedahan selesai pada jam 5.05 petang dan dibawa ke ICU sekitar jam 5.30 petang.
"Kepada semua yang mendoakan kesembuhan Nur Hana, saya sambut doa kalian dengan ucapan jutaan terima kasih," katanya.
Katanya, anaknya itu dikesan mengalami jantung berlubang pada dinding atrium atau Atrial Septal Defect (ASD) dan jantung berlubang jenis Ventricular Septal Defect’ (VSD) ketika berusia empat bulan dan sekarang hanya VSD.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>