Iklan raya judi: 25 ditahan babit empat video

Iklan

KUALA LUMPUR - Seramai 25 individu ditahan polis berhubung siasatan empat video bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mempromosikan perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, berdasarkan pecahan tangkapan, bagi video pertama melibatkan 13 orang yang ditahan.

Iklan
Iklan

"Bagi video kedua pula, enam ditahan. Video ketiga (empat orang) manakala video keempat dengan dua tangkapan.

"Daripada jumlah itu, 12 suspek masih ditahan reman untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Polis sebelum ini mendedahkan beberapa pelakon di dalam video iklan terbabit dibayar dengan harga RM200 oleh syarikat produksi.

Susulan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Iklan

Acryl berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terbabit dengan apa jua aktiviti perjudian di negara ini.

"Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh memaklumkan pihak polis," katanya.