KUALA LUMPUR - Mesyuarat khas Pemimpin ASEAN di Jakarta pada Sabtu ini penting kerana ia akan menentukan kemungkinan perdamaian antara kerajaan tentera (Tatmadaw) dan awam di Myanmar dapat dicapai, kata bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Mesyuarat itu juga akan membantu perancangan untuk memulihkan demokrasi di negara itu selepas rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lalu, katanya ketika dihubungi Bernama.