Bazar Ramadan Greenwood diarah tutup empat hari

Iklan
Tiada jarak satu meter antara gerai di bazar Ramadan Greenwood.

GOMBAK - Bazar Ramadan Greenwood diarah tutup selama empat hari bermula Khamis sehingga Ahad ini selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohamad Zin Masoad berkata, penyerahan notis penutupan bazar itu diberikan kepada wakil pengelola Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 3 mengikut Seksyen 18 (1)(f), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), pada Rabu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti sehingga menyebabkan penutupan bazar itu adalah melibatkan kegagalan mematuhi jarak antara khemah peniaga (1 meter) serta tiada kawalan keluar dan masuk di kawasan terlibat.

"MPS turut menerangkan SOP dan tindakan pematuhan yang perlu dipatuhi bagi tujuan pembukaan semula bazar kepada wakil pengelola.

Iklan

"Penutupan ini dibuat setelah mengambil kira kebajikan peniaga yang telah membuat persediaan bagi memulakan jualan pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohamad Zin berkata, MPS turut menetapkan kepada penganjur dan pengelola untuk melaksanakan SOP tambahan antaranya melibatkan penggunaan kad nombor penggiliran kepada pengunjung.

Iklan

Selain itu, Mohamad Zin berkata, pihak terlibat juga disaran mewujudkan laluan sehala di dalam bazar terlibat dan melarang kanak-kanak bawah 12 tahun serta warga emas 65 tahun ke atas memasuki kawasan terlibat.

"MPS mengingatkan peniaga dan pengunjung agar tidak alpa dan mematuhi SOP ditetapkan bagi mengelak perebakan wabak Covid-19," katanya.