ISKANDAR PUTERI - Bagi memperkasa Dasar Perumahan Rakyat Johor, kerajaan negeri akan melakukan beberapa tindakan.
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, kerajaan negeri akan meningkatkan kadar caj gantian dan memperkemas mekanisme pemantauan pembangunan perumahan mampu biaya.
"Selain itu pelaksanaan kaedah sistem pembinaan berindustri (IBS), memperkenalkan perumahan untuk golongan M40, mengekalkan komponen perumahan mampu biaya bagi segmen sedia ada dan kaedah pengagihan rumah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2019 di Kota Iskandar di sini, hari ini.
Osman berkata, kerajaan negeri juga menginsafi tentang masalah rakyat dalam aspek pembiayaan hartanah kediaman.
Katanya, oleh itu, kerajaan mencadangkan beberapa strategi iaitu peruntukan RM1 bilion bagi pembiayaan rumah mampu biaya berharga sehingga RM150,000.
"Strategi lain adalah jaminan cagaran, penjanaan dana masyarakat untuk hartanah, skim sewa beli, penubuhan jawatankuasa khas antara kerajaan negeri bersama Bank Negara Malaysia,” katanya.