PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan mengeluarkan arahan kepada kakitangan kementerian itu untuk 'like' dan 'share' akaun media sosial Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Menerusi kenyataannya, KKMM berkata, pihaknya sentiasa menggalakkan penyertaan kakitangan bersama menyokong hebahan maklumat kepada khalayak termasuk melalui platform media sosial.
Iklan
Iklan
"KKMM ingin menafikan dakwaan tersebut. Tiada sebarang arahan yang dikeluarkan
oleh Menteri berkaitan perkara ini," kata kenyataan itu pada Rabu.
Tular di laman Twitter tangkap layar mengenai arahan berbuat demikian.
Menurut tangkap layar tersebut, unit komunikasi korporat (UKK) KKMM telah dipertanggungjawabkan untuk memantau aktiviti 'like' dan 'follow' akaun media sosial Saifuddin, Zahidi dan Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek.
Tindakan itu didakwa diputuskan dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi kementerian itu.