Covid-19: Lebih 2,000 maut di India dalam 24 jam

Iklan
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, India menyaksikan beberapa perhimpunan besar termasuk jutaan yang menghadiri festival keagamaan Kumbh Mela, perarakan politik, majlis perkahwinan mewah dan juga perlawanan kriket.

NEW DELHI- India pada Rabu melaporkan lebih daripada 2,000 kematian akibat Covid-19, sekali gus menjadi angka korban paling tinggi dalam tempoh 24 jam di negara itu.

Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan 295,000 jangkitan baharu, iaitu setara dengan angka yang direkodkan di Amerika Syarikat pada Januari.

Iklan
Iklan

Selain itu, sejumlah 2,023 kematian dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian menjadi 182,553 kes.

Angka kematian harian itu pada Selasa (20 April) mencapai paras tertinggi, dengan 1,761 kematian akibat virus korona.

Iklan

Dalam ucapan kepada rakyatnya, Perdana Menteri Narendra Modi berkata negara dengan populasi 1.3 bilion orang itu ‘kembali bertempur dalam peperangan besar’.

"Situasi dalam keadaan terkawal sehinggalah beberapa minggu lalu, dan kemudian gelombang kedua virus ini dating bagai rebut,” ujar Modi.

Iklan

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, India menyaksikan beberapa perhimpunan besar termasuk jutaan yang menghadiri festival keagamaan Kumbh Mela, perarakan politik, majlis perkahwinan mewah dan juga perlawanan kriket.

Pada masa yang sama, penghasilan vaksin koronavirus menjadi perlahan atau dihentikan terus di beberapa buah kilang.

Dalam perkembangan berkaitan, Singapura mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengetatkan kemasukan pengembara dari India.

Mereka yang tiba dari India, perlu menjalani tambahan tujuh hari kuarantin kendiri di kediaman masing-masing, iaitu tambahan kepada 14 hari notis duduk rumah, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan republik itu pada Selasa.

Peraturan baharu itu akan mula berkuat kuasa bermula Khamis.

Singapura juga akan mengurangkan kelulusan kemasukan bagi bukan warganegara atau penduduk tetap Singapura susulan keadaan di India yang memburuk dan kemunculan varian virus baharu.