Jaganathan optimis anak buahnya bawa pulang tiga pingat

Iklan
Jaganathan akan bantu Mohamad Ridzuan riah pingat di Tokyo.

KETUA jurulatih olahraga paralimpik, R Jaganathan optimistik yang anak buahnya akan membawa pulang sekurang-kurangnya tiga pingat dari Sukan Paralimpik Tokyo yang akan berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September depan.

Selepas melatih tiga anak buahnya untuk menang tiga pingat emas di Paralimpik Rio pada 2016 yang merupakan pencapaian terbaik atlet negara di sukan paralimpik, jurulatih dengan pengalaman hampir 40 tahun itu, kini merencanakan latihan pasukannya untuk Olimpik Tokyo walaupun berhadapan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Jaganathan yakin yang atlet lompat jauh lelaki T20 (kurang upaya intelektual) Abdul Latif Romli dan Muhammad Ziyad Zolkefli, lempar cakera F20 (masalah pembelajaran) berada pada landasan untuk membawa pulang (tanpa sasaran jenis pingat), selepas prestasi mereka menang ketika menentang atlet biasa di Grand Prix Olahraga Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun, bagi pemenang pingat emas pertama Paralimpik Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara lelaki 100 meter T36 (kategori cerebral palsy) di Rio, yang kini 36 tahun di mana usianya mungkin menjadi penghalang.

Iklan

"Usia Ridzuan mungkin jadi penghalang, tetapi kami akan berikan yang terbaik dan berharap beliau akan menang pingat. Kita juga boleh mengharapkan Jonathan Wong Kar Gee dari Sabah (lompat jauh T12 - masalah penglihatan) sebagai seorang lagi atlet yang berpotensi untuk memenangi pingat,” katanya kepada Bernama.

Di Olimpik Rio, Mohamad Ridzuan, Muhammad Ziyad dan Abdul Latif, telah memberikan kilauan emas kepada Malaysia, manakala Siti Noor Radiah Ismail menang pingat gangsa dalam acara lompat jauh wanita T20 (kurang upaya intelektual).

Iklan

Jaganathan yang melatih M Ramachandran - bekas pelari jarak sederhana dan pemegang rekod kebangsaan bagi acara 5,000 dan 10,000 untuk dua dekad, sebelum melatih atlet para pada 2001 berkata, Muhammad Ziyad mungkin akan bertolak ke Jerman selepas Ramadan untuk tiga minggu, bagi memperbaiki balingannya.

Latihan pada Ramadan katanya, jurulatih telah mengurangkan kekerapan latihan bagi mengelakkan terlalu menekan atlet yang berpuasa, selain menukar jadual latihan ke jam 9 malam.

"Fokus kami akan lebih kepada aspek teknikal dan kemahiran untuk mengekalkan rentak dan kembali kepada tahap latihan asal selepas bulan puasa. Kami akan mempunyai lapan ke 10 minggu untuk persediaan sebelum berlepas ke Tokyo,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agong Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) Admiral (B), Datuk R. Subramaniam berkata, dengan sehingga kini sembilan atlet mengesahkan tempat ke Tokyo, majlis itu menjangkakan untuk menghantar kontigen seramai 25 atlet dengan slot tambahan daripada sesi kelayakan yang akan datang dan penyertaan ‘bipartie’ (kelayakan kuota dan berdasarkan kekosongan). - Bernama