JAKARTA - Sebuah kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) dilaporkan terputus hubungan ketika menjalani latihan di perairan Bali Utara.
Menurut media tempatan, TNI sedang mengesan kapal selam KRI Nanggala-402 buatan Jerman tahun 1978 itu yang membawa 53 kru kapal.
Iklan
Iklan
Kapal selam TNI dilaporkan terputus hubungan pada jam 4.30 pagi Rabu di sekitar 96 kilometer di perairan Bali ketika sedang menjalani latihan torpedo.
Jurucakap TNI ketika dihubungi Bernama berkata, Panglima Tentera TNI Hadi Tjahjanto dijadual mengadakan sidang akhbar di Bali, jam 8.30 pagi Khamis. - Bernama