KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Sri Aman dan kuarters kakitangan anggotanya yang bermula 8 April lepas ditamatkan pada Rabu setelah tiada kes positif baharu dikesan dalam saringan kedua Covid-19.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, PKPD di Kampung Menuang Baru di Limbang pula akan ditamatkan pada Khamis selepas hasil saringan kedua ke atas penduduk kampung itu didapati negatif dan tiada bukti jangkitan masih menular di kawasan berkenaan.