JENAMA telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, realme telah melancarkan piawaian mutu realme x TÜV Rheinland dan mengumumkan standard kualiti telefon pintar baharu.
realme dan TÜV Rheinland mencipta ‘TÜV Rheinland Smartphone High Reliability Certification’ atau Pensijilan Kebolehpercayaan Tinggi Telefon Pintar TÜV Rheinland berdasarkan pengalaman kitaran hidup tiga tahun dan realme C21 dan C25 adalah kumpulan telefon pintar pertama yang memperoleh sijil berkenaan.
Menurut realme, ia menetapkan standard kualiti yang lebih tinggi dengan TÜV Rheinland, melalui kerjasama pensijilan kebolehpercayaan telah membawa prosedur kawalan kualiti realme ke tahap seterusnya.
"realme adalah jenama telefon pintar pertama di dunia yang mendapat TÜV Rheinland High Reliability Certification. Mereka akan menggunakan set prosedur kualiti standard ini untuk lakukan kawalan kualiti dan ujian bagi semua telefon pintar sebenar,” kata realme dalam satu kenyataan pada Selasa.
realme berkata, pihaknya mengambil masa selama lapan bulan melakukan penyelidikan dan pengujian.
"TÜV Rheinland dan realme bersama-sama membuat pensijilan itu yang berfungsi sebagai standard industri terkemuka untuk pasaran utama di seluruh dunia.
"Proses pensijilan itu merangkumi 23 ujian utama, termasuk 10 senario ujian penggunaan harian seperti penurunan, kehausan, dan kerosakan. Terdapat tujuh senario ujian persekitaran yang melampau termasuk suhu, kelembapan, turun naik voltan, hayat butang, elektrik statik, tekanan udara dan senario ujian kebolehpercayaan enam komponen,” katanya.
Dalam masa terdekat, realme merancang untuk melabur di kilang pintar yang beroperasi sepenuhnya secara automatik.
"Konsistensi adalah salah satu penyumbang utama untuk membuat produk berkualiti tinggi. Dengan cara itu realme dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan proses pembuatan yang kompleks,” katanya.
Menurut realme, salah satu contoh automasi seperti itu ialah barisan pengeluaran SMT, di mana ia bertanggungjawab untuk meletakkan komponen ke papan induk PCB.
"Kadar automasi semasa di kilang pintar adalah 87.5 peratus yang sudah jauh melebihi standard industri. Terima kasih kepada automasi AI, kilang pintar AI yang sebenar dapat menghasilkan 60 juta peranti setiap tahun,” katanya.
realme berkeyakinan produk berkualiti tinggi bermula dari pemikiran reka bentuk yang sangat baik.
"Ramai yang berpendapat bahawa telefon pintar realme direka berdasarkan reka bentuk trend dan teknologi maju. Pada masa yang sama, realme merancang produk dengan kualiti terlebih dahulu.
"Semua produk realme perlu mempunyai reka bentuk trend yang digerakkan oleh teknologi maju dan menghasilkannya melalui kawalan kualiti yang ketat. Pasukan Kawalan Kualiti mempunyai hak veto untuk menolak produk berkualiti rendah,” katanya.