Kerangka Pelan TIM 2021-2030 agenda baru negara: Muhyiddin

Iklan
Muhyiddin menyampaikan ucapan pada majlis perjumpaan bersama industri di Dewan Perdana, Menara MITI, Kuala Lumpur pada Khamis. Foto: Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) yang dibangunkan merupakan agenda baharu negara bagi menjadi rujukan utama semua pihak berkepentingan untuk memastikan industri ini dapat dibangunkan secara holistik.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negara ini perlu membangunkan industri ini secara bertanggungjawab dan mampan kerana nilai strategiknya terhadap pertumbuhan dan daya saing ekonomi.

Menurutnya, negara ini perlu membangunkan industri terbabit secara bertanggungjawab dan mampan kerana nilai strategiknya terhadap pertumbuhan dan daya saing ekonomi.

Iklan

"Kerajaan amat komited dalam memastikan pelan ini berjaya mencapai matlamat yang dihasratkan khususnya bagi mengangkat kembali industri berkenaan menjadi salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara.

"Pada tahun 2030, kerajaan menyasarkan sumbangan industri mineral kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan meningkat kepada RM29 bilion,” katanya ketika melancarkan Kerangka Pelan TIM 2021-2030 di sini pada Khamis.

Iklan

Hadir sama ialah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Muhyiddin berkata, dalam hal berkenaan, kerjasama semua pihak berkepentingan juga diharapkan bagi membangunkan industri berkenaan secara lestari.

"Dalam hal ini, sesi-sesi konsultasi dan libat urus perlu diteruskan bersama pihak kerajaan persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri, penggiat industri, ahli akademik dan masyarakat awam bagi menggarap idea-idea terbaik dalam membangunkan industri ini.

"Agensi-agensi berkaitan juga harus meneliti aspek galakan sama ada dalam bentuk insentif kewangan atau bukan kewangan bagi menyokong perkembangan industri mineral yang bertanggungjawab dan mampan.

"Selain itu, kerajaan juga mengharapkan kerjasama strategik pelbagai pihak bagi bersama-sama mentransformasikan industri ini supaya benar-benar membawa manfaat kepada kesejahteraan rakyat,” kata beliau.

Tambah Muhyiddin, industri berkenaan juga tidak boleh lagi dilihat sebagai suatu industri yang hanya digerakkan oleh pihak industri tanpa sentuhan kepada kehidupan rakyat.

Beliau dalam masa sama turut yakin dengan pelan yang dibangunkan, negara mampu mencapai tahap industri mineral masa hadapan yang diurus secara bersih dan cekap dengan mengaplikasikan teknologi-teknologi terkini yang mesra alam.

"Pertumbuhan industri ini di peringkat pertengahan dan hiliran juga akan membuka peluang pekerjaan kepada lebih ramai tenaga mahir tempatan dan membawa pulangan lebih tinggi kepada negara.

"Saya juga yakin kita akan dapat meningkatkan daya saing industri mineral agar setanding dengan industri di negara-negara perlombongan yang maju; antaranya seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jepun, China, Australia dan Kanada,” ujarnya.