KECEDERAAN Pierre-Emerick Aubameyang and Alexandre Lacazette membuatkan pengendali Arsenal, Mikel Arteta bingung memikirkan pemain yang akan diturunkan pada aksi berdepan Everton di Emirates, pada awal pagi Sabtu.
Menurut Arteta, dia tidak mahu mengambil risiko untuk menurunkan Aubameyang disahkan pulih daripada demam malaria, baru-baru ini dan mahu memastikan pemain berkenaan benar-benar cergas sebelum beraksi.
Selain itu Arteta berkata, dia juga mahu memastikan kecederaan Lacazette yang dilaporkan mengalami kecederaan hamstring ketika beraksi menentang Fulham 18 April, lalu.
"Setakat ini kita belum dapat buat keputusan mengenai kecederaan Lacazette kerana dia sendiri merasakan ianya kecederaan hamstring..
"Dia (Lacazette) akan menjalani ujian imbasan pada Khamis untuk mengenal pasti kecederaan sebenar yang dialaminya.
"Jika benar dia cedera, kita juga mahu mengetahui sejauh mana serius kecederaan berkenaan masa yang diperlukan untuknya kembali sembuh seperti sediakala,” katanya.
Arsenal kini berada pada kedudukan kesembilan carat EPL dengan 46 mata manakala Everton pula berada pada kedudukan kelapan dengan 49 mata.
Sementara itu, berita mengenai kecederaaan kedua-dua pemain itu yang dimuat naik ke laman rasmi kelab berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi hingga mencadangkan pemain yang perlu diturunkan Arteta ketika berdepan Everton nanti.
Antara cadangan yang diterima daripada penyokong adalah mahu menyaksikan Arteta menurunkan Folarin Balogun dan Eddie Nketiah bagi mengemudi jentera serangan The Gunners.