Wanita rayu suami pulang

Iklan
Md Afare Abdur Razzak

SETIU –"Baliklah supaya perkahwinan kita dapat diselesaikan,” rayu Siti Anita Ahmad, 28, dari Kampung Kasar, di sini terhadap suaminya yang tidak pulang ke rumah sejak empat tahun lalu.

Wanita itu berharap suaminya, Md Afare Abdur Razzak yang gagal dihubungi tampil dan hadir ke Mahkamah Syariah Setiu pada 4 Mei depan bagi menyelesaikan permohonan pengesahan perkahwinan mereka.

Iklan
Iklan

Siti Anita berkata, dia berkahwin dengan Md Afare yang berasal dari Bangladesh di Thailand pada tahun 2016 sebelum lelaki itu meninggalkannya bersama anak lelaki yang kini berusia lima tahun.

"Sudah empat tahun dia tidak balik, saya gagal hubungi dan tidak tahu dia ada di mana sekarang. Maklumat yang saya tahu dia bekerja di Kuala Lumpur, tapi dia tidak pernah hubungi saya,” katanya.

Iklan

Menurut Siti Anita, sudah beberapa kali dia berulang alik ke Mahkamah Syariah Setiu bagi mengesahkan perkahwinannya bersama Md Afare namun gagal berikutan lelaki itu tidak dapat dihubungi.

Sehubungan itu, dia meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Md Afare dapat hubunginya di talian 019-9347694.

Iklan

"Saya harap sangat dia dapat ditemui dan selesaikan masalah ini dengan baik kerana sudah empat tahun dia tidak tunaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa,” katanya.