KUALA TERENGGANU - Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun tidak dibenarkan mengunjungi bazar Ramadan bagi memastikan tahap pematuhan SOP yang tinggi sekali gus mengelak penularan Covid-19.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Khas (Pengurusan Darurat dan Pendemik) Negeri Terengganu (JKKKN) pada Selasa.