BAITULMAQDIS - Tentera Israel pada Khamis melancarkan serangan balas ke atas Syria kerana mendakwa peluru berpandu anti pesawat Syria membedil selatan Israel, lapor Agensi Berita Xinhua.
"Peluru berpandu itu dikenal pasti dari Syria," kata seorang jurucakap tentera Israel dalam satu kenyataan.
Iklan
Iklan
Menurut tentera, peluru berpandu itu menyebabkan siren amaran di Dimona berbunyi, lokasi terletaknya Pusat Penyelidikan Nuklear Negev Israel.
Dalam satu kenyataan berasingan Israel berkata, peluru berpandu Syria, yang menyasarkan jet tentera udara rejim itu di Golan Syria tersasar daripada sasaran. - Bernama