Pusat hiburan digempur, polis temui dadah

Iklan
Polis gempur sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Polis menggempur sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, di sini dan menahan 11 wanita warga Vietnam pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, operasi kira-kira jam 2 pagi itu mendapati tiga daripada wanita tersebut positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis turut menahan seorang penjaga premis warga Myanmar dan dua pengunjung warga tempatan selepas disahkan positif dadah.

"Operasi itu telah bertindak merampas beberapa barang seperti peralatan audio dan bil elektrik selain penemuan cecair MDMA seberat 1,590 ml dan ketamin 1.5 gram.

Iklan

"Kesemua tangkapan berusia 17 hingga 39 tahun telah ditahan reman sehingga 5 Mei untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam operasi itu, pihak polis turut mengeluarkan kompaun ke atas 10 pelanggan pusat hiburan terbabit kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

Katanya, orang awam diingatkan untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan mematuhi SOP.

"Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," ujarnya.