'Anak muda mampu tumbang kerajaan'

Iklan
Muhammad Suffian

SHAH ALAM - Gelombang perubahan anak muda mula melanda negara sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang turut menjadi antara faktor Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRU14.

Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah Muhammad Suffian Hindi berkata, gelombang perubahan itu berlaku ketika BN menjadi kerajaan manakala Pakatan Rakyat (PR) selaku pembangkang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PR yang kini dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) memomokkan rakyat dengan memberi prasangka jahat kepada BN serta tawaran baharu kepada anak-anak muda.

"Seperti mana kita tahu kempen PH ketika itu (PRU14) adalah sehingga sampai kepada peringkat (pinjaman) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu percuma (jika menang).

Iklan

"Mana tidaknya pengundi muda pada masa itu tanpa berfikir panjang kerana isu itu terlalu dekat dengan anak muda dan mereka akhirnya memilih PH untuk menjadi kerajaan ketika itu," katanya.

Muhammad Suffian berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-250 bertajuk 'PRU15: Pengundi Muda Penentu Nasib Sabah' disiarkan menerusi dalam talian di Facebook Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Wacana turut menampilkan Felo Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya Profesor Dr Awang Azman Pawi dan Naib Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan) Rina Jainal juga sebagai panelis, manakala Raydwin Robin bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Muhammad Suffian berkata, gelombang perubahan anak muda itu turut melanda Sabah sehingga menyebabkan BN kehilangan banyak kerusi pada PRU14.

"Kalau sebelumnya iaitu pada PRU13, BN dapat sokongan penuh daripada seluruh rakyat Sabah terutama generasi muda yang mana Sabah ada 25 kerusi Parlimen dan 22 kita (BN) dapat masa itu.

"Tetapi pada PRU14, BN hanya mendapat 10 kerusi dan ini adalah gelombang dibawa oleh PH yang mana memomokkan sangkaan jahat kepada BN serta memberikan janji bulan dan bintang untuk anak muda," katanya.