Polis tahan lima lelaki ahli pertubuhan tidak diiktiraf

Iklan
Barangan yang dirampas polis. -Foto: PDRM

PORT DICKSON - Polis menahan lima lelaki berusia dalam lingkungan 30 hingga 58 kerana disyaki menganggotai pertubuhan tidak diiktiraf di sini.

Ketua Polis daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, tangkapan dibuat berdasarkan maklumat melalui gambar yang telah dimuatnaik oleh ahli kumpulan terbabit di media sosial sebagai memperingati penubuhan kumpulan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada Ahad lepas sekumpulan individu mengadakan upacara pemotongan kek yang dihadiri oleh beberapa ahli kumpulan yang lain bagi tujuan tersebut.

"Susulan itu, sepasukan polis dari cawangan D7 Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Port Dickson menahan seorang lelaki di Dataran Segar Lukut pada hari sama jam 11.45 malam.

Iklan

"Penahanan suspek pertama membawa tangkapan empat lagi individu lain sekitar Lukut dan Port Dickson pada Rabu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Aidi Sham berkata, dalam serbuan itu, polis merampas sehelai baju bercetak logo syiling bertindih dan lambang Nazi serta dua telefon bimbit milik suspek yang memiliki bukti upacara yang dijalankan oleh ahli kumpulan tersebut.

Iklan

"Polis kini mengesan beberapa orang lagi untuk melengkapkan siasatan. Hasil siasatan seorang suspek didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah," katanya.

Menurutnya, kesemua tangkapan kini masih ditahan reman di lokap Port Dickson untuk siasatan lanjut bersabit seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih dari lima tahun atau denda tidak lebih daripada RM15,000," katanya.

Katanya, pihaknya memandang serius terhadap sebarang pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros) dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana Individu yang berkaitan.

"Orang ramai juga dinasihati agar tidak terbabit dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang atau menganggotai mana-mana pertubuhan yang tidak diiktiraf," katanya.