KOTA BHARU - Situasi semasa Covid-19 di Kelantan yang menyaksikan peningkatan ketara kes baharu telah menyebabkan fasiliti hospital dan Pusat Kuarantin Risiko Rendah (PKRC) Covid-19 di negeri ini sudah penuh.
Pengerusi Jawatankuasan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, situasi itu juga menyebabkan petugas kesihatan tidak mencukupi.
Iklan
Iklan
"Kadar kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) hari ini adalah yang tertinggi dengan nilai 1.44 sekali gus melebihi Rt nasional iaitu 1.15.
"Kes harian bagi negeri Kelantan adalah yang tertinggi pernah dicatatkan iaitu sebanyak 662 kes dan merupakan kes harian tertinggi di Malaysia hari ini, menjadikan kes kumulatif adalah sebanyak 10,199 kes," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.
Katanya, satu kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan sebanyak 31 kluster aktif di Kelantan manakala terdapat lebih 3,000 kes tertangguh dan 3,493 kes aktif.
Susulan peningkatan ketara kes Covid-19 di negeri ini, semua jajahan di Kelantan kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 29 April.
Jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah dikenakan PKP bermula 16 April manakala PKP di Jajahan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang bermula hari ini. - Bernama