Wanita makin ligat di litar lumba

Iklan
Tuneboss-Pink Racing Team membuat penampilan sulung di pentas Kejuaraan Cub Prix musim ini.

JIKA dahulu pembabitan kaum hawa dalam sukan permotoran hanya terbatas sebagai gadis litar, namun kini mereka mengorak langkah menunjukkan bakat di lapangan atau belakang tabir.

Ini selepas beberapa pihak dan agensi termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) giat mempromosi sukan berkenaan kepada golongan wanita menerusi program atau klinik yang dijalankan.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Mohd Azhari Mohammad berkata, beberapa program yang diatur kementerian itu berupaya menarik minat wanita menceburi sukan berkenaan, dengan yang terbaharu menerusi program Hari Sukan Wanita pada Jun depan.

Beliau juga kagum dengan kaum wanita yang menunjukkan kemahiran di atas litar seperti ketika Kejuaraan Cub Prix Malaysia musim ini yang menyaksikan pasukan Tuneboss-Pink Racing Team melakar sejarah tersendiri kerana dikendali serta dimiliki sepenuhnya oleh seorang wanita muda berusia 25 tahun, Nur Atikah Azwar.

Iklan

"Dalam sukan permotoran, kemahiran dan enjin yang penting, bukan jantina... kami amat galakkan dan berharap usaha ini dapat diteruskan,” katanya dalam program Webinar Youth Talent Myfit@Motorsports pada Khamis.

Sementara itu, Setiausaha Agung MAM, Muizz Azli berkata, banyak pihak tempatan dan antarabangsa telah menganjurkan program akar umbi untuk mengenal pasti bakat si cilik yang boleh diketengahkan menjadi pelumba atau pakar sukan tersebut pada masa depan.

Iklan

Katanya, MAM juga mencalonkan pelumba go-kart cilik wanita, Katrina Ee Wing Thung yang berumur 11 tahun untuk mengikuti program Persekutuan Automobil Antarabangsa ‘Girls On Track Rising Stars’ yang membuka peluang kepada kanak-kanak itu mengikuti pengajian di Akademi Ferrari sekiranya berjaya kelak.

Selain itu, Muizz juga menyambut baik penubuhan Kelab Motorsport Juwita yang dibuka khusus untuk kaum wanita dan melihat perkembangan teersebut sebagai sesuatu yang positif serta boleh memberi manfaat kepada sukan permotoran tanah air. - Bernama