Seni doodle 200 meter

Iklan
Pelukis doodleWan Muhammad Huzaifah Wan Basir, 22, melakukan kerja-kerja bagi menyiapkan lukisan doodle pada pagar penghadang 'hoarding' di Balai Seni Negara hari ini.

Lukisan seni doodle ini dilukiskan di atas permukaan pagar penghadang 'hoarding' sepanjang 200 meter dan diusahakan oleh Kumpulan DOODICT (Doodle Addict).

Kumpulan tersebut melakarkan doodle simbolik program-program yang bakal berlangsung tahun ini yang telah dirancang oleh pihak Balai Seni Negara.

Iklan
Iklan

Pihak Balai Seni Negara membuka peluang tersebut kepada mereka bertujuan untuk menaikkan lagi nama seni doodle dalam kalangan penggiat seni di Malaysia.

Empat pelukis yang terlibat bagi menjayakan lukisan doodle ini ialah Muhammad Hizami Musa, Hanafi Shafie, Eddy Shahrul Shamsudin dan Wan Muhammad Huzaifah Wan Basir.

Iklan
Iklan