Tugas sukar menanti Kelantan FC

Iklan
Barisan pemain Kelantan FC menghadapi ujian sukar apabila berdepan JDT II di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin pada Jumaat. - FB TRW Kelantan FC

KETUA Jurulatih Kelantan FC, Marco Ragini mengakui pasukan bimbingannya bakal berdepan dengan satu lagi perlawanan sukar untuk memperolehi mata apabila dijadualkan bertemu pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT II) di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin pada Jumaat.

Jurulatih dari Itali itu berkata, pada perlawanan minggu lalu Kelantan FC telah melalui perlawanan sukar menentang pasukan kelompok teratas Liga Premier iaitu Negeri Sembilan, yang menyaksikan mereka pulang dengan tangan kosong selepas tewas 1-2.

Iklan
Iklan

"Kami sekali lagi hadapi satu lagi perlawanan penting dan sukar, kami sedar kami akan menentang salah satu daripada pasukan terbaik dan dengan struktur penting, pemain dan organisasi di belakangnya.

"Pemain mereka (JDT II) adalah amat bagus seperti Fernando Rodriguez dan Nicolas Fernandez, tetapi kami juga mempunyai pemain import, tetapi saya suka untuk memuji kolektif pasukan ini,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Iklan

Selepas lapan perlawanan Kelantan ketika ini berada di kedudukan kelima dengan mengumpul 13 mata hasil daripada empat kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan, manakala JDT II berada di kedudukan ke tiga dengan 14 mata hasil daripada empat kemenangan, dua seri dan dua kekalahan.

Ragini berkata, perlawanan di gelanggang lawan adalah sukar kepada mana-mana pasukan untuk memperolehi mata.

Iklan

"Kita tahu, jika mereka (JDT II) bermain di tempat lawan, juga sukar untuk dikalahkan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya dengan kemampuan pemain dan pasukan yang baru dibentuknya tidak sampai setahun itu, serta pihak pengurusan pasukan.

"Kami percaya kepada sistem kami, dan ini bermakna walaupun akan ada banyak kekurangan dalam perlawanan menentang JDT II, falsafah kami tidak berubah dan kesemua 11 pemain yang berada di padang akan lakukan tugas mereka yang terbaik untuk pasukan,” katanya. - Bernama