SERENDAH - Dua mangsa tersepit apabila kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan di jalan Serendah-Rawang kira-kira jam 11 malam tadi.
Kemalangan berdekatan Balai Polis Serendah itu membabitkan sebuah van dan kereta dengan mangsa tersepit di dalam kenderaan masing-masing.
Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Selangor, sepasukan anggota yang dalam perjalanan balik ke pejabat di Kuala Kubu Bharu dari respons kes di Rawang berhenti membantu mangsa di lokasi kemalangan.
Pasukan tersebut mendapati tiga mangsa terlibat dalam kemalangan itu dengan dua daripanya tersepit manakala seorang lagi sudah dikeluarkan.
Anggota bersama paramedik kesihatan memberi bantuan awal kepada mangsa yang tersepit sebelum berjaya dibawa keluar pihak bomba.
"Kami melakukan kerja menyelamat mangsa sehingga ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Selayang.
"Pihak polis mengawal keadaan trafik di lokasi bagi memastikan operasi menyelamat mangsa berjalan lancar," katanya.