Di mana bapa kandung Afiqah?

Iklan
Seri Suriyati dan Robani menjaga Afiqah sejak usia dua bulan.

SUNGAI BUAYA - Keluarga angkat kepada seorang kanak-kanak perempuan merayu bantuan orang ramai bagi mengesan bapa kandung anak angkatnya itu.

Bapa kandung kanak-kanak itu dikenali sebagai Rizal Fahlafi Saifuddin, 37, yang difahamkan bekerja sebagai pemandu lori diminta tampil bagi urusan pendaftaran kad pengenalan MyKid, Nurul Afiqah Amanda, 5.

Iklan
Iklan

Ibu angkat, Seri Suriyati Makkazen, 50, berkata, permohonan mendapatkan kad pengenalan itu hanya dapat diproses sekiranya ibu bapa kandung menandatangani surat Akaun Berkanun Keizinanan Keangkatan (Jabatan Kebajikan Masyarakat).

Menurutnya, ibu kepada kanak-kanak itu, Nurayuni Mohamad Shafie, 35, menandatangani surat akaun berkenaan sebagai bukti keizinan menyerahkan anak kepada keluarga angkat.

Iklan

"Anak angkat saya ini bukan orang lain tapi sebenarnya cucu saudara kerana ibunya adalah anak saudara saya sendiri

"Ibu bapa mereka bercerai ketika Nurul Afiqah masih dalam kandungan selepas ibunya habis berpantang dalam usia dua bulan, anak ini diserahkan kepada saya.

Iklan

"Nurul Afiqah ada surat beranak selepas ibunya usahakan sendiri ke pejabat pendaftaran kerana ketika itu bapa kandung masih lagi dapat dihubungi," katanya.

Seri Suriyati berkata, ibu kandung kanak-kanak itu memberi kerjasama sepenuhnya namun status keluarga angkat tidak sempurna tanpa persetujuan bapa kandung.

Menurutnya, Nurul Afiqah kini menerima pendidikan awal di Tadika Sumber Bijak, Bandar Utama Sungai Buaya sejak dua tahun lalu.

"Saya sudah berjumpa dengan pihak JKM dan tiada sebarang masalah cuma sekarang tak dapat buat MyKid sebab ada surat yang perlu tandatangan bapa kandung.

"Bapa kandung ini berasal dari Sabah tapi sudah lama di Semenanjung dan ketika mula-mula jaga Nurul Afiqah, saya masih berhubung dengan Rizal.

"Dengan keluarga Rizal pun saya ada berhubung tapi sejak tahun lalu, Rizal sukar dihubungi kerana sering tukar nombor telefon,"katanya.

Seri Suriyati berkata, dia dan suami, Robani Jamil, 53, amat gembira menerima kehadiran Nurul Afiqah dalam hidup mereka selepas 21 tahun berkahwin tanpa dikurniakan zuriat.

Menurutnya, mereka berharap Rizal tampil membantu demi masa depan Nurul Afiqah terutama pendidikannya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Seri Suriyati di talian 017-6266980.