TANGKAK - Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian mengingatkan rakyat agar tidak mudah termakan hasutan dengan tuduhan tidak berasas pembangkang.
Menurut beliau, kerajaan sedia ada kini sangat komited membantu rakyat hidup dalam keadaan stabil dan tenteram.
Iklan
Iklan
"Kita sebagai kerajaan berusaha untuk membangunkan demi membantu rakyat hidup dalam keadaan mewah. Kita nak kan negeri yang terus maju agar rakyat dapat sama merasai usaha ini.
"Jadi, para pembangkang hentikanlah sikap mencucuk itu,” katanya ditemui media selepas merasmikan program Tangkak Green Dream-Community Initiative di Dewan Serbaguna Taman Muhibbah, Sungai Mati di sini, semalam.
Sempena lawatannya ke daerah itu, Osman akui berpuas hati dengan sokongan dan keyakinan rakyat yang dilihat semakin meningkat terhadap kerajaan.
"Respon di Tangkak bagus, meskipun baru 10 bulan rakyat dah mula percaya serta yakin dengan kerajaan.
"Rungutan pun tiada. Yang banyak merungut tu kebanyakan orang yang dahulu pegang kuasa tapi sekarang tak lagi,” katanya.