Mara siasat gangguan seksual ke atas pelajar MRSM

Iklan
Azizah Mohd Dun

SHAH ALAM - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menjalankan siasatan dalaman selepas ada dakwaan wujud gangguan seksual ke atas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pengerusinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, Mara tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku yang melibatkan kakitangannya terutama membabitkan keselamatan pelajar di Institusi Pendidikan Mara (IPMA).

Iklan
Iklan

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat mengikut peruntukan peraturan sedia ada bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan bebas daripada sebarang ancaman termasuk gangguan seksual, eksploitasi wanita dan kanak-kanak.

"Mara akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk memastikan imej dan kredibiliti IPMA sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian susulan laporan berkaitan isu 'NGO’s demand ministry, MARA start independent probe of alleged sexual harassment, abuse in schools' di media.

Memetik laporan media pada Khamis, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti All Women's Action Society (Awam), Sisters In Islam (SIS) dan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls) melahirkan kebimbangan berhubung dakwaan alat sulit pelajar diperiksa bagi memastikan tiada barangan larangan dibawa.

Iklan

Pendedahan dibuat di laman Twitter itu turut membabitkan dakwaan pelajar diminta membuka pakaian dalam bagi menunjukkan yang mereka dalam haid ketika Ramadan dan tidak boleh berpuasa.