3 beradik cedera wakaf roboh

Iklan
Keadaan wakaf yang roboh di Taman Eco Rimba Ulu Bendul, semalam.

KUALA PILAH - Tiga beradik cedera di badan dan kepala selepas sebuah wakaf yang digunakan di Taman Eco Rimba Ulu Bendul roboh, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah itu, mangsa yang berusia 24, 29 dan 42 tahun beralamat di Felda Palong 4 itu dipercayai sedang beriadah di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Pegawai Pejabat Hutan Kuala Pilah, Mohamad Rizal Razali berkata, mangsa dikatakan telah memasang buaian gantung (hammock) yang mana satu bahagian diikat pada sebatang pokok dan satu bahagian lagi telah diikat pada tiang wakaf berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, tiang wakaf tersebut tiba-tiba tumbang dan bumbungnya runtuh lalu menghempap mangsa.

Iklan

"Ketika kejadian, salah seorang mangsa berada di dalam ‘hammock’ manakala ahli keluarga yang lain berada di bawah wakaf dan di bahagian luar,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan ambulans dari Klinik Kesihatan Terachi.

Iklan

Dalam pada itu, Mohamad Rizal turut menasihatkan pengunjung agar berwaspada ketika berada di Taman Eco Rimba Ulu Bendu.

"Kami tak larang pasang hammock tetapi harus berhati-hati iaitu antara pokok ke pokok.

"Tapi guna tiang wakaf tak dibenarkan kerana tak selamat. Kita tak tahu sejauh mana ia mampu tampung bebanan,” katanya.