MBI keluar surat amaran kepada peniaga ais

Iklan
Rumaizi

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah memberi amaran lisan dan surat amaran kepada peniaga ikan yang menjual ais tanpa lesen di Pasar Borong Ipoh.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, tindakan itu telah diambil pada Selasa lepas dan hingga Jumaat didapati peniaga tersebut yang berbuat demikian sejak tujuh tahun lepas tidak lagi menjual ais.

Iklan
Iklan

"Dia mempunyai lesen perniagaan ikan dan jika dia masih menjual ais selepas notis dikeluarkan, kita akan batalkan lesen perniagaan ikannya,” kata Rumaizi pada sidang media, di sini hari ini.

Isu peniaga ikan itu menjual ais tanpa lesen menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peniaga lain kerana dilihat menindas peniaga bumiputera sekali gus menjejaskan pendapatan mereka.

Iklan

Mengulas lanjut, Rumaizi berkata, siasatan mendapati peniaga ikan itu dilantik oleh Persatuan Pemborong Ikan untuk membekalkan ais kepada peniaga ikan di pasar tersebut pada harga lebih murah berikutan harga yang ditawarkan oleh peniaga ais tunggal di situ dikatakan terlalu tinggi.

Menurutnya, beliau juga pernah mencadangkan lesen perniagaan ais diberikan kepada peniaga lain namun permohonan lesen peniaga terbabit ditolak kerana ketiadaan slot di pasar itu. - Bernama

Iklan