KUANTAN - Jabatan Kesihatan Pahang mengesahkan Masjid Sri Maulana, Taman Sri Maulana, Pekan sudah membayar kompaun RM5,000 di atas kegagalannya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada Selasa lalu.
Pengarahnya, Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah berkata, pembayaran itu telah dibuat di Pejabat Kesihatan Pekan dengan pengurangan sebanyak 50 peratus.