Majikan pukul 'bodyguard' ditangkap semula bagi kes AMLATFPUAA

Iklan
Chee Yang yang dilepaskan dengan ikat jamin ditangkap semula di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Tidak sampai lima minit dilepaskan dengan ikat jamin di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, majikan yang didakwa memukul dua pengawal peribadinya kerana berpuasa pada 1 Ramadan lalu, ditahan semula oleh pihak polis, jam 4.30 petang pada Jumaat.

Sejurus selesai bayaran ikat jamin sebanyak RM10,000 di Kompleks Mahkamah di sini, Chung Chee Yang, 43, yang memakai baju T berkolar kelabu dikawal ketat oleh pihak polis dari bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada aktiviti haram.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, ahli perniagaan terkemuka dalam bidang hartanah itu akan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Menara KPJ, Jalan Tun Razak dan disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613).

Katanya, dia ditahan bagi membantu siasatan berhubung rampasan 100 kilogram jongkong emas dalam rumah salah seorang suspek tersebut di Bukit Tinggi, Klang.

Iklan

Dalam operasi lalu, polis turut merampas 12,500 keping not kertas AS$100 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM28.25 juta.

"Pagi esok, kita akan bawa suspek ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk mendapatkan perintah reman bagi meneruskan siasatan lanjut," katanya.

Iklan

Pada Khamis, Chee Yang didakwa memukul dua pengawal peribadinya kerana berpuasa pada 1 Ramadan lalu, di Mahkamah Majistret Klang pada Khamis, sekali lagi didakwa atas tuduhan sama di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Dia yang juga ahli perniagaan dalam bidang hartanah, industri makanan dan minuman, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas empat pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif.

Pada 15 April lalu, lima individu termasuk majikan yang ditahan disyaki memukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa, dipercayai terlibat dalam aktiviti ah long dan judi online.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, perkara itu terbongkar hasil penahanan kesemua suspek dalam dua serbuan berasingan di Klang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan penahanan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 'bodyguard' puasa: Polis rampas 100kg jongkong emas, wang RM28.25 juta

Pukul 'bodyguard' puasa: Majikan didakwa lagi