SHAH ALAM - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lahad Datu dilanjutkan sehingga 8 Mei, kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, PKP Diperketatkan (PKPD) di Kampung Bukit Belacon, Mukim Segama, Lahad Datu, Sabah akan ditamatkan sebagaimana dijadualkan esok.