Terus sokong Perak di kelayakan ACL

Iklan
Aksi Brendan Gan ketika berdepan Kitchee FC baru-baru ini. - Foto Perak FA

PENYOKONG Perak diharapkan untuk terus memberikan sokongan kepada skuad The Bos Gaurus itu menjelang aksi pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara Asia berdepan kelab Korea Selatan Ulsan Hyundai di Stadium Ulsan Munsu, esok.

Pemain Perak, Brendan Gan berkata, persiapan skuad Kejor Yeop Skor itu berjalan lancar setakat ini dan semua pemain dilihat bersedia untuk perlawanan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semua pemain dilihat bersedia dan bersemangat untuk beraksi menentang salah satu kelab elit dalam arena bola sepak di rantau Asia.

"Perlawanan malam ini adalah satu perlawanan besar untuk kami kerana kami membawa nama negeri dan juga negara.

Iklan

"Apa pun ia nyata satu penghormatan buat kami kerana berpeluang beraksi menentang pasukan elit seperti Ulsan Hyundai yang memiliki ramai pemain berpengalaman,” katanya.

Perak mara ke pusingan ketiga setelah menewaskan kelab Hong Kong, Kitchee SC 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan perlawanan di Stadium Perak, 12 Februari lalu.

Iklan

Justeru, Brenda turut menghargai kebenaran daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang bersetuju menunda aksi Liga Super antara Kuala Lumpur dan Perak di Stadium Bola Sepak Cheras, 15 Februari lalu ke satu tarikh lain kelak.

Sementara itu Brendan mengakui kesebelasan Perak bakal berdepan kesukaran beraksi dalam cuaca sejuk pada perlawanan berkenaan.

Justeru katanya, kesemua pemain diharap perlu memberikan aksi terbaik dan menghasilkan keputusan yang positif kelak.

"Saya sendiri pernah beraksi dalam keadaan cuaca yang sejuk sebelum ini dan ia bukan halangan kerana semua pemain perlu bersedia sepenuhnya.

"Semoga dengan sokongan daripada penyokong Perak akan berjaya mencatatkan keputusan positif dan menempah slot untuk beraksi di peringkat kumpulan bagi saingan ACL kelak,” katanya.