Proses penyediaan ketupat palas

Iklan
Peniaga, Norazira Mohammad Salleh, 33 (kiri) bersama suami, Mohammad Solleh Abdullah Hamid, 30 (kanan) membuka daun palas minyak ketika tinjauan di rumah mereka hari ini.

Ketupat Palas Pak Leh diusahakan oleh pasangan suami isteri, Norazira Mohamad Othman dan Mohammad Solleh Abdullah Hamid bersama ibu Norazira, Ruminah Kassan Tilodjo.

Perniagaan ini dimulakan pada tahun 2020 kerana perniagaan kedai makan mereka sebelum ini kurang mendapat sambutan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas. Resepi yang digunakan merupakan resepi ketupat palas dari Kedah yang diperkenalkan oleh keluarga Mohamad Solleh.

Iklan
Iklan

Produk yang mereka sediakan merupakan ketupat palas frozen dengan tiga jenis pilihan iaitu ketupat palas lemak, kacang dan jagung dan mampu bertahan selama enam bulan jika disimpan secara betul.

Mereka turut menyediakan tiga jenis pilihan lauk iaitu rendang ayam, rendang daging dan daging masak hitam.

Iklan
Iklan

Ketupat palas dijual bermula harga RM26 hinggan RM28 sekilo mengikut jenis. Manakala untuk lauk pula dijual pada harga RM50 hingga RM60 sekilo. Penghantaran disediakan sekitar kawasan Selangor dengan cas tambahan bermula harga RM3 sehingga RM15.