vivo V21 tampil dengan warna menggoda dan memukau

Iklan

KUALA LUMPUR – Jenama telefon pintar terkemuka, vivo kembali agresif melahirkan dua siri V21 yang lebih canggih dan menggoda.

Hadir dengan dua warna baru, Dusk Blue dan Sunset Dazzle yang pastinya akan memancarkan cahaya glamor buat pengguna telefon pintar moden.

Iklan
Iklan

Warna Dusk Blue memberikan daya tarikan misteri pada telefon pintar siri V21 yang memberi kesegaran sesuai dengan pengguna yang sukakan aura misteri.

Iklan
Manakala Sunset Dazzle mempunyai daya tarikan yang lebih menyeronokkan sesuai dengan pengguna yang suka memasukkan keperibadian mereka dalam aksesori telefon pintar mereka.

Bagi telefon pintar V21e, yang memiliki reka bentuk skrin 2.5D dan dilengkapi dengan keemasan matte AG hadir dalam dua warna iaitu Roman Black dan Diamond Flare.

Iklan

The Roman Black memberikan warna sisi yang megah dan unik manakala Diamond Flare kekal menawan dengan memantulkan cahaya yang mempesona dan hampir menyerupai karya seni yang bersinar. Sudah pasti ia sebagai tambahan gaya hidup yang menarik bagi setiap fashionista.

Kedua-dua warna yang menarik ini akan memberi semangat kepada pencinta fesyen untuk memiliki aksesori yang sesuai dengan tema pakaian mereka hari ini atau OOTD. Ini sekaligus memberi keyakinan diri untuk mencapai impian dan harapan yang selalu bermain di fikiran dan hati mereka.

Siri vivo V21 lebih diserlahkan oleh kamera depan OIS 44MP dan kamera belakang OIS 64MP yang direka untuk menangkap apa sahaja sama ada secara dekat atau jauh dengan kejelasan yang tepat.

Siri V21 juga dilengkapi dengan selfie Superior Night-time yang dapat mengatasi gegaran yang tidak disengajakan atau tidak dapat dielakkan seperti selfie yang diambil di tengah jalan yang bergegar seperti menaiki roller coaster yang menakutkan!

Siri vivo V21 turut dilengkapi AI Night Portrait untuk gambar selfie yang berkualiti tinggi walaupun dalam keadaan gelap di sepanjang malam. Filter ini akan memastikan bahawa selfie anda pada waktu malam tidak terganggu.

Video raya pertama Mira Filzah bersama suami, Wan Emir Astar

Bagi pelancaran besar-besaran siri vivo V21 yang dijadualkan pada 27 April ini, vivo telah melantik Mira Filzah sebagai duta untuk telefon pintar terbaru di bawah siri V.

Dalam teaser siri V21 yang akan muncul di iklan televisyen, Mira dan suami, Wan Emir Astar akan bersama-sama menyambut raya pertama mereka sebagai pasangan suami isteri.

Hari raya adalah peluang untuk bersama dengan orang tersayang dalam mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga. Melalui klip video pratonton pendek ini, Mira akan menunjukkan semangat sebenar siri V21, iaitu"Bring Me Closer" dengan merakam kenangan abadi pada hari raya.

Oleh itu, Nantikan kemunculan klip video pendek ini yang akan menghangatkan iklan televisyen raya anda pada 23 April di laman Facebook dan Instagram rasmi vivo.

Saksikan klip video teaser di https://fb.watch/52cpn7rit-/ dan nantikan video penuh pada 27 April ini

Untuk sebarang maklumat mengenai siri vivo V21, sila lawati laman Facebook, Instagram dan laman web rasmi vivo Malaysia.