15 tahun ponteng kerja tetap terima gaji penuh

Iklan
Pekerja Hospital Pugliese Ciaccio dikesan ponteng sejak tahun 2005 dan perbuatannya itu dikatakan memecahkan rekod di Itali.

CATANZARO – Seorang pekerja hospital mendapat gelaran"Raja Ponteng” apabila tidak pernah hadir bekerja selama 15 tahun namun masih berjaya mendapatkan gaji bulanannya.

Memetik laporan akhbar Daily Star, pekerja Hospital Pugliese Ciaccio dikesan ponteng sejak tahun 2005 dan perbuatannya itu dikatakan memecahkan rekod di Itali.

Iklan
Iklan

Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati suspek berusia 67 tahun itu menerima gaji bulanan selama 15 tahun dengan gaji bulanan berjumlah £464,000 (RM2.7 juta).

Suspek kini berdepan tuduhan penyalahgunaan pejabat, pemalsuan dan peras ugut yang serius.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, enam pengurus di hospital itu turut disiasat kerana disyaki berperanan untuk membantu suspek mengelak hadir bekerja. – Agensi