ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri akan menyediakan Pelan Strategik Agama Islam Negeri Johor 2030 yang disifatkan penting bagi pembangunan ummah dan fizikal demi memperkasa syiar Islam di Johor.
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan dana kajian menyediakan pelan tersebut sebanyak RM500,000.
Menurutnya, usaha-usaha lain juga akan dijalankan oleh kerajaan negeri bagi memperkasakan umat Islam di Johor.
"Antaranya adalah penyelenggaraan masjid dan surau, pembinaan masjid baharu di Taman Bayu Damai dekat Pengerang, pelaksanaan projek sekolah agama Kerajaan Johor, bantuan sekolah agama tahfiz,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2019 di Kota Iskandar di sini, hari ini.
Osman berkata, usaha lain yang bakal dilaksanakan adalah pengurusan tanah kubur bersepadu Johor, pembangunan tanah wakaf, pengurusan zakat, bantuan perubatan asnaf.
"Selain itu, pemerkasaan dan kebajikan saudara kita, bantuan pengurusan rumah kebajikan warga tua Islam dan kanak-kanak autisme serta wakaf mesin hemodialisis,” katanya.