Misteri bau busuk dalam pondok terungkai

Iklan
Polis menjalankan siasatan di lokasi mangsa ditemukan tergantung dalam pondok usang di Bagan Datuk. - Foto Ihsan PDRM

BAGAN DATUK - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui tergantung di sebuah pondok usang di Jalan Bagan Datuk, Sungai Burung di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mayat tersebut ditemui petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sedang membaca meter elektrik di bangunan sarang burung bersebelahan kira-kira jam 12.35 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Petugas terbabit terhidu bau busuk dari arah pondok kira-kira 200 meter dari jalan utama hari ketika sedang menjalankan tugasnya sebelum menemui mangsa tergantung pada alang.

Menurut Ahmad Adnan, siasatan mendapati pondok terbabit dipercayai menjadi tempat tidur mangsa kerana terdapat tilam dan pakaian bersebelahannya.

Iklan

"Mangsa dipercayai warga Myanmar berusia lingkungan 30-an dan sudah meninggal dunia lebih 24 jam berikutan keadaan fizikal yang sudah bengkak dan berbau.

"Sanitasi dilakukan di lokasi kejadian dan pemeriksaan oleh pasukan Forensik PDRM tidak menemui sebarang kecederaan luaran," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Iklan

Tambahnya, identiti mangsa juga masih belum dikenal pasti dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan dan proses bedah siasat.

Ahmad Adnan berkata, tiada unsur jenayah ditemukan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.