Peruntukan RM1.4 juta untuk sekolah di Parlimen Tanjong Karang

Iklan
Noh (kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM1.4 juta kepada Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Mohd Azuan Mohd Nawawi di Institut Pengurusan Peladang Tanjong Karang di sini pada Jumaat.

TANJONG KARANG - Sebanyak RM1.4 juta peruntukan pembangunan pendidikan disalurkan kepada semua sekolah di Parlimen Tanjong Karang termasuk dua sekolah di Parlimen Kuala Selangor.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, dua sekolah di Parlimen Kuala Selangor yang turut menerima peruntukan itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, meskipun dua sekolah itu terletak di bawah Parlimen Kuala Selangor, tetapi peruntukan tetap disalurkan kepada dua sekolah itu yang majoriti pelajarnya tinggal di Parlimen Tanjong Karang.

"Anak-anak pelajar yang bersekolah di sana (SK Rantau Panjang dan SMK Rantau Panjang) terdiri daripada anak-anak dari Kampung Bestari Jaya, mereka yang tinggal di estet dan Ladang Tannamaram," jelasnya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Pembangunan Sekolah-Sekolah Parlimen Tanjong Karang di Institut Pengurusan Peladang Tanjong Karang di sini pada Jumaat.

Noh berkata, setiap sekolah di Parlimen itu juga menerima peruntukan baikpulih surau, kelas abad - 21 dan pelbagai kemudahan prasarana lain.

Iklan

Justeru, katanya, pada tahun ini tumpuan beliau adalah memastikan setiap sekolah di Parlimen Tanjong Karang dilengkapi sekurang-kurangnya sebuah dewan terbuka yang menelan belanja antara RM100, 000 hingga RM150, 000.

Mengulas mengenai program itu, Noh berkata, pihaknya berbesar hati untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM20, 000 yang diperoleh daripada dana Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyediakan pelitup muka.

"Sebanyak 122,000 pelitup muka akan diagihkan di semua sekolah rendah dan menengah di Tanjong Karang dengan sebanyak 10 pelitup muka kepada setiap pelajar.

"Kita harap pihak sekolah dapat agihkan pelitup muka ini untuk kegunaan pelajar supaya dapat mengelakkan jangkitan dan penularan Covid-19," katanya.