'Bukan mayat Kak Yah'

Iklan
Antara berita baharu yang tular disahkan palsu sejak Jumaat - Foto Ihsan pembaca

KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan berita tidak sahih berhubung penemuan mayat cerun semak di Kampung Padang Air, Kuala Nerus, pada 17 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, tindakan menyebarkan berita tidak benar mengenai mayat itu akan mengeruhkan lagi keadaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sejak Jumaat lalu tular kononnya mayat tersebut ialah 'Kak Yah' dan sudah diserahkan kepada ahli keluarganya di Bukit Bading, Ajil, Hulu Terengganu serta urusan pengebumian sudah pun selesai.

"Maklumat berkenaan tidak benar sama sekali dan identitinya belum disahkan. Sekarang kami sedang menjalankan siasatan berkemungkinan laporan orang hilang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Mohd Marzukhi menegaskan pihaknya tidak akan sesekali bertoleransi terhadap individu yang dikesan masih berdegil menyebarkan berita palsu.

"Tindakan undang-undang di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Iklan

"Selain itu, penyebar berita juga boleh di dakwa di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKMM) dengan hukuman denda RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan," katanya.

Sejak Jumaat, tular satu berita di laman sosial kononnya identiti mayat rentung sudah dikenalpasti dan diserahkan kepada ahli keluarganya untuk dikebumikan.

ARTIKEL BERKAITAN Mayat ditemui terbakar mungkin wanita

Mangsa mungkin dibunuh sebelum dibakar