Tujuh ditahan di pusat hiburan langgar SOP

Iklan

KUALA LUMPUR - Tujuh individu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) di Taman Sri Endah, Sri Petaling pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kesemua mereka ditahan dalam satu pemeriksaan Pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) oleh sepasukan polis dari Balai Polis Sri Petaling dan Cawangan Khas IPD Brickfields kira-kira jam 11.30 malam.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati pintu premis telah dibuka oleh seorang lelaki tempatan yang mengaku bekerja sebagai penjaga premis berkenaan dan pemeriksaan dijalankan mendapati muzik di dalam premis sedang berbunyi kuat.

"Antara ditahan adalah seorang lelaki warga tempatan yang merupakan penjaga premis, seorang lelaki warga Bangladesh berumur 28 tahun dan tiga lelaki serta dua wanita warga Uganda yang berumur antara 21 hingga 29 tahun," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Anuar berkata, polis turut mengeluarkan kompaun ke atas penjaga dan pelanggan premis kerana melanggar SOP PKPB.

"Premis ini mempunyai lesen perniagaan restoran dan kedai makan yang masih sah sehingga 20/10/2021.

Iklan

"Polis turut merampas pelbagai barangan antaranya equalizer, pembesar suara dan pelbagai lagi barangan lain," katanya.

Menurutnya, kesemua tangkapan warganegara asing ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 selama 14 hari sehingga 7 Mei 2021 untuk siasatan lanjut.

"Semakan ketulenan dan tempoh sah pasport akan dihantar kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk pengesahan.

"Kes disiasat atas pelbagai kesalahan jenayah di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya.