Bot terbalik: Polis siasat sama ada mangsa patuh SOP

Iklan
Shafien (kanan) mendengar taklimat awal dari Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud di jeti berkenaan.

KOTA BHARU - Polis menyiasat kejadian bot dipercayai terbalik di perairan Kuala Besa,r di sini pada Jumaat bagi memastikan sama ada semua mangsa terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan di laut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, polis melakukan siasatan dengan bantuan saksi ketika kejadian.

Iklan
Iklan

"SOP keselamatan di laut tetap perlu dipatuhi dan mereka (mangsa) juga perlu cakna kepada arahan semasa.

"Jaket keselamatan kebiasaannya ada dalam bot namun kita tidak pasti semasa kejadian mereka memakainya atau tidak. Kami masih melakukan siasatan dengan bantuan saksi yang ada ketika kejadian," katanya kepada pemberita selepas meninjau Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Besar di sini, pada Sabtu.

Iklan
'Jaket keselamatan kebiasaannya ada dalam bot namun kita tidak pasti semasa kejadian mereka memakainya atau tidak. Kami masih melakukan siasatan dengan bantuan saksi yang ada ketika kejadian,'

Hadir sama mengiringi beliau, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud dan wakil-wakil agensi yang lain.

Mengulas lanjut, Shafien memberitahu, polis optimis ketiga-tiga mangsa mempunyai pengalaman yang luas dengan situasi di lautan kerana sering kali turun ke laut untuk mencandat serta memancing.

Iklan

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada jam 7 pagi melibatkan agensi-agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Kelantan; Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan; Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan nelayan dari jeti berkenaan.

"Seramai lebih kurang 64 orang termasuk nelayan menggunakan 10 buah bot untuk melakukan operasi SAR di lokasi kejadian iaitu 10 batu nautika dari darat atau lebih kurang 25 kilometer dari sini.

"Kita akan maklumkan dari masa ke masa maklumat terbaru mengenai operasi ini dan jika sehingga petang masih belum temui, kita akan tambah keanggotaan serta radius pencarian," katanya.

Dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu, Mat Awang@Jali; Zulshamin Danial Zulazman, 26 tahun dan Mat Harun Mohd Nor, 57 tahun dipercayai menaiki sebuah bot fiber untuk mencandat sotong di perairan Kuala Besar, di sini.

Bagaimanapun, selepas sejam berbuka puasa di lokasi kejadian, dipercayai gelombang besar dan ribut petir melanda kawasan berkenaan sehingga menyebabkan bot dinaiki mereka terbalik dan dikhuatiri hilang.