SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan terdapat pertukaran jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis.
Menurutnya, jawatan yang disandang oleh Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sebelum ini telah digantikan kepada Datuk Seri Azlan Man dan pertukaran tersebut berkuatkuasa pada hari ini.