TINDAKAN kesemua enam kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) menarik daripada menyertai saingan Liga Super Eropah (ESL) menyebabkan Arsenal bimbang bakal kehilangan pemain pinjamannya dari Real Madrid, Martin Odegaard.
Arsenal diberitakan bakal kehilangan khidmat Odegaard musim depan ekoran skuad Los Blancos itu masih tidak berganjak dengan keputusan mereka untuk menyertai ESL yang dipalit kontroversi sejak beberapa hari lalu.