'Pengeluaran dana KWAN sama seperti kebenaran keluar KWSP'

Iklan
Wan Saiful Wan Jan

SHAH ALAM - Masyarakat dinasihatkan berhati-hati dalam membaca komen-komen dari ‘kluster merungut’ berkenaan tindakan kerajaan membenarkan pengeluaran dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, bantahan dari kluster yang diketuai oleh ahli-ahli politik itu dilihat tidak konsisten dengan apa yang mereka suarakan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Hari ini mereka merungut mengenai pengeluaran dana KWAN sebab kononnya KWAN adalah untuk masa depan.

"Padahal mereka ini lah yang dulu merungut menuntut KWSP boleh dikeluarkan. Masa itu, mereka guna alasan tiada faedah jaga masa depan jika hari ini tak boleh jaga rakyat.

Iklan

"Tapi sekarang terlupa pula hujah itu. Agaknya, terlalu sibuk cari topik untuk merungut hingga tidak sedar bahawa rungutan mereka dah jadi tidak konsisten langsung,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Wan Saiful yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata, kerajaan tidak sewenang-wenangnya membenarkan penggunaan dana KWAN kerana sudah pasti terdapat syarat-syarat ketat dikenakan.

Iklan

"Logik pembenaran pengeluaran KWAN adalah sama dengan masa kita tuntut pembenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dulu iaitu sekarang ini adalah waktu yang luar biasa.

"Dana KWAN juga adalah dana masa depan. Itu memang kita tahu tetapi disebabkan sekarang era krisis yang memerlukan perbelanjaan luar biasa, maka diluluskanlah kebenaran untuk kerajaan belanja dana KWAN jika diperlukan,” ujarnya.

Pada Rabu, media melaporkan kerajaan telah meluluskan undang-undang untuk menggunakan dana daripada KWAN bagi perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi kebangsaan.

Ini dilakukan melalui pewartaan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara ) (Pindaan) 2021.