TFC lebur rekod JDT

Iklan
Aksi antara JDT dan TFC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi. - Foto FB Johor Southern Tigers

REKOD tanpa kalah Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam 21 perlawanan akhirnya lebur di tangan Terengganu FC (TFC) selepas tewas 0-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.

Kali terakhir skuad Harimau Selatan itu tewas di gelanggang sendiri dalam aksi Liga Super adalah pada Julai 2019 ketika berdepan PJ City FC di gelanggang lama - Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin.

Iklan
Iklan

Dalam aksi sebentar tadi, Hakimi Abdullah muncul wira TFC apabila menyumbat gol kemenangan pasukannya pada minit ke-57.

Kemenangan itu menyaksikan TFC terus mengejar rapat di belakang JDT apabila kedua-dua pasukan itu hanya dibezakan dengan dua mata.

Iklan

Selepas mengharungi 10 perlawanan, JDT kekal mengumpul 23 mata manakala TFC merekodkan 21 mata - berkelebihan satu mata di depan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang menduduki tangga ketiga.

Sementara itu, Penang FC meraih tiga mata berharga selepas membenam cabaran Sri Pahang FC di Stadium Bandaraya.

Iklan

PJ City FC turut membawa pulang tiga mata selepas merakamkan kemengan 1-0 ke atas UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

Dalam saingan Liga Premier, Kelantan United FC menewaskan Kuching City FC 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras manakala TFC II seri 2-2 dengan Selangor FC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Negeri Sembilan FC pula gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila seri 1-1 ketika melayan kunjungan Sarawak United FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.