Bank Rakyat peruntuk RM2 juta bantu usahawan asnaf

Iklan
WAN JUNAIDI

SHAH ALAM - Bank Rakyat memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan kesinambungan program RAKYATpreneur 2.0 dengan menyasarkan lebih 200 usahawan asnaf yang bakal dipilih dari seluruh negara.

Bank Rakyat merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Iklan
Iklan

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar berkata, dana tersebut akan diagihkan kepada perniagaan yang mempunyai latar belakang kurang berkemampuan seperti usahawan asnaf yang berpotensi tinggi memperluaskan perniagaan atau maju dalam sektor keusahawanan.

"Program RAKYATpreneur 2.0 akan bermula Julai 2021 sehingga hujung tahun ini. Pelbagai program dan inisiatif RAKYATpreneur 2.0 telah dirancang.

Iklan

"Ia bagi membantu meningkatkan pendapatan peserta, sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus dan mencipta banyak peluang pekerjaan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, peserta RAKYATpreneur 2.0 yang layak akan diberi latihan, bimbingan dan pemantauan secara inklusif selama enam bulan dengan penyediaan modul lebih komprehensif.

Iklan

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementerian sentiasa menekankan kepada agensi mengenai peranan mereka dalam memajukan sosioekonomi negara dengan mengambil kira keperluan masyarakat terutama golongan memerlukan seperti asnaf dan B40.

"Justeru, saya berpendapat program sebegini harus diperkembangkan agar lebih ramai lagi usahawan dapat dibantu, sekali gus meningkatkan status komuniti asnaf dan seterusnya menjana ekonomi negara,” katanya.