HCF platform kongsi mesej Islam, perkasa mualaf

Iklan
Wakil Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (Bakit), Azni Risa Razlan (kiri) menyerahkan replika cek berjumlah RM5,000 kepada Pengerusi HCF, Muhammad Fuad Yeoh Abdullah di Dewan Kristal TMCC pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Hidayah Centre Foundation (HCF) adalah platform untuk berkongsi mesej Islam kepada masyarakat majmuk di samping menyantuni dan memperkasa mereka yang memilih untuk memeluk Islam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nicholas Sylvester berkata, antara inisiatif yang dilakukan secara berterusan adalah dengan memperbetulkan salah faham terhadap Islam ke arah pembentukan masyarakat yang lebih harmoni dan menguruskan pengislaman saudara baharu.

Iklan
Iklan

"Selain itu, kita turut memperkasakan saudara baharu kemudian memberi khidmat dari aspek bimbingan agama, sokongan emosi dan bantuan kewangan serta khidmat kaunseling selain program-program pembangunan diri,” katanya.

Nicholas Sylvester

Beliau berkata demikian selepas Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) di Dewan Kristal Telekom Malaysia Convention Centre (TMCC) di sini pada Sabtu.

Iklan

HCF merupakan sebuah yayasan berdaftar di bawah Biro Hal Ehwal Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai 50 pusat operasi di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Nicholas berkata, pihaknya turut menganjurkan MIPHC setiap tahun bagi meraikan saudara baharu dan keluarga mereka yang bukan Islam.

Iklan

Beliau berkata, usaha tersebut merupakan salah satu sokongan spiritual kepada saudara baharu agar terus bersemangat mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam.

"Ini sudah kali ke-16 kita menganjurkan MIPHC. Kalau sebelum ini kita buat dalam 1,000 orang tapi tahun ini kita buat dengan 400 orang sahaja berikutan negara masih lagi dilanda pandemik Covid-19,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kempen Sedekah Ramadan, beliau berkata, ia dilakukan sepanjang Ramadan bagi mengajak orang ramai berkongsi pahala dengan memberikan sumbangan seberapa yang mampu.

"Dengan dana yang diperoleh, kita dapat membantu golongan asnaf yang memerlukan. Malah ada juga di kalangan asnaf mualaf yang miskin dan terpinggir.

"Justeru, ini yang menjadi tumpuan kita untuk memberikan bantuan kepada mereka supaya mereka boleh berdikari dan paling kurang tidak terpinggir daripada pembelaan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang mualaf, Siti Aisyah Abdullah berkata, dia sudahpun bersama HCF hampir 10 tahun malah pernah mendapat tajaan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2019.

"Saya selalu ikut mereka berdakwah dengan membantu orang yang bukan Islam. Ia membuatkan saya rasa lebih seronok. Memandangkan Islam juga mengajar kita untuk bantu orang yang memerlukan.

"Selain itu, HCF juga ada banyak kelas. Antaranya ialah kita boleh belajar ilmu aqidah, fikah, akhlak dan al-Quran. Setiap hari kita akan adakan kelas melalui aplikasi zoom ataupun Google Meet,” katanya yang sebelum ini pernah menganut agama Hindu.

Siti Aisyah mula memeluk Islam pada tahun 2001. Namun, betul-betul mendalami Islam seawal tahun 2005.

Siti Aisyah

Menurut Aisyah, apa yang membuatkan dia sentiasa bersikap positif adalah dengan menunaikan solat.

"Dalam Islam solat is power. Solatlah yang membuatkan saya boleh sampai ke tahap ini. Walaupun pelbagai cabaran yang datang, saya selalu cakap ‘ALLAH with me’,” ujar Aisyah.