SHAH ALAM - Padah menunggang secara melulu dan berbahaya, lapan individu ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Persekutuan Shah Alam di sini pada malam Sabtu dan pagi Ahad.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi dijalankan JSPT Bukit Aman bermula jam 11 malam Sabtu sehingga jam 9.45 pagi Ahad.
"Ketika operasi, kesemua mereka didapati menunggang motosikal dengan bersaing sesama sendiri, aksi zig-zag dan menunduk badan ketika menunggang motosikal.
"Aksi tunggangan tersebut jelas amat berbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan berumur 19 hingga 33 tahun.
"Kesemua mereka dibawa ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Subang Jaya dan Shah Alam untuk tindakan selanjutnya.
"Kes disiasat di bawah Seksyen Sek 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.